Siapa MentolPecah?

klik gambar untuk menonton video temubual bersama MentolPecah

Membuat video blog kini sudah menjadi trend. Ramai anak muda mula berjinak-jinak untuk membuat video blog dan memuat naik video di Youtube. Jika di Malaysia, vlogger individu mungkin senang untuk dicari, tetapi vlogger secara berpasangan agak susah untuk ditemui.

Pernahkan anda mendengar Youtube Channel MentolPecah? Jika ya, pasti anda pernah menonton video hasil ciptaan MentolPecah. MentolPecah yang dimiliki oleh 2 anak muda iaitu Nirman dan Mozek, mempunyai kelainan dengan vlogger yang sedia ada. Video yang mereka hasilkan sungguh kreatif dan mempunyai unsur lawak yang santai.

Sudah hampir 3 tahun membuat vlog, video mereka yang berkonsepkan eksperimental lawak terselit unsur pembelajaran dan juga teladan. Mereka yang memegang Ijazah dari Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan komunikasi massa mempunyai minat yang sama  membuatkan mereka senang untuk membuat video bersama-sama.

Dengan karektor yang berbeza, nirman yang nampak pendiam berbanding dengan  mozek yang agak periang dan lawak membuatkan mereka serasi  bersama untuk menghasilkan karya mengikut kepala masing-masing.

Walaupun mereka tidak kerap membuat video, mereka tetap akan cuba membuat video untuk dimuat naik di Youtube. Mereka mempunyai pengikut mereka sendiri. Tidak hairanlah mereka mampu bertahan sehingga kini.

Video yang mereka hasilkan agak berlainan dengan video blog yang sedia ada. Unsur-unsur lawak yang cuba mereka bawakan kadang kala tidak disengajakan membuatkan video blog mereka seronok untuk ditonton. Jika anda tidak pernah menonton video mereka, apa kata luangkan masa untuk layari laman youtube mereka di MentolPecah.

Leave a comment

Your email address will not be published.

*